Bersabarlah Dalam Dakwah

Antara kunci kekuatan untuk kita mampu bertahan dalam jalan dakwah ini adalah dengan bersabar. Dalam Al Quran selalu diceritakan tentang kisah para anbiya dan kesabaran mereka terhadap penentang – penentang dakwah.

Aktivis dakwah hari ini terutamanya yang beramal dalam jemaah perlulah menguasai aspek kesabaran ini. Hal ini disebabkan perjalanan ini bukanlah jalan yang mudah dan senang tetapi disebaliknya. Bak kata Syed Qutb, ini adalah perjuangan 2 hala. Perjuangan menentang keinginan hati (nafsu) dan perjuangan menentang musuh dakwah.

Bercakap pula tentang keinginan hati (nafsu), ianya bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikawal lagi – lagilah ketika kita bergaul dan bekerja dengan orang lain.

Bila berhadapan dengan orang choleric, kau perlu bersabar dengan sikapnya yang selalu terlepas cakap.

Bila bersembang dengan orang sanguine, kau perlu bersabar dengan ceritanya yang banyak.

Bila berurusan dengan orang melancholic, kau perlu bersabar bila benda yang kecil pun boleh jadi isu besar.

Bila bekerja dengan orang phlegmatic, kau perlu bersabar setiap kali kau nak “follow up” mereka.

Kalaulah kita hilang sabar dan terus meletup, boleh jadi kita pula yang akan kecewa dan hilang terus dalam jalan yang panjang ini.

 

21586473_1857812744236677_379853655259347052_o

Sumber Gambar : Majlis Pimpinan Universiti anjuran PEMBINA
Advertisements

Kepimpinan Qudwah

Menjadi seorang pemimpin bukanlah satu tugas yang senang. Kita kena menjadi contoh kepada tanzim ataupun organisasi yang dipimpim. Mungkin itulah yang dinamakan qudwah.

cropped-matk.jpg

Sumber Gambar: MATK10 PEMBINA

Cara paling mudah untuk kita memahami konsep qudwah ini adalah memimpin dengan perbuatan.

Kita menyeru agar ahli tanzim kita untuk bekerja keras demi mencapai objektif, walhal kita sendiri masih goyang kaki dan bermalas – malasan. Kita memberi arahan kepada anak buah kita agar menjauhi maksiat walhal kita sendiri masih berseronok di dalam dosa noda.

Allah tidak suka dengan golongan seperti ini.

“Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?” [QS. Ash-Shaff : 2].

Tarbiah itu sendiri merupakan satu medium untuk mengasah kepimpinan. Setiap al akh akan diberi satu taklifan untuk membawa usrah. Dari sinilah kita mula belajar mengurus manusia lebih – lebih lagi mengurus nafsu anak buah kita.

Teringat dengan kata seorang ikhwah suatu ketika dahulu

“Macam mana kita nak bawa organisasi sekiranya usrah pun kita tak mampu nak bawa?”

Semoga kita semua tsabat dalam jalan yang sangat jauh ini. InsyaAllah.

Kenali Si Melancholy

Sebagai seorang yang Melancholy(Introvert), salah satu cara untuk saya “relieve stress” adalah dengan meluangkan masa bersendirian dan “get everything organized”.

Pada asalnya, cuti ini akan dihabiskan dengan membuat perancangan untuk semester seterusnya agar segalanya berjalan dengan ‘perfect’.

melancholy

Bercakap tentang ‘perfect’, ianya mungkin satu kelebihan si Melancholy. Kalau boleh tidak ada cacat cela pun.

Namun, kelebihan ini juga boleh menjadi kelemahan si Melancholy sekiranya tidak diurus dengan baik. Contohnya, si Melancholy akan sentiasa memberi arahan kepada pasukan dia dengan begitu lengkap sekali. Perfect. Kalau boleh, pasukan dia “just follow the instruction. Just do what I’ve told you. Kesannya, pasukan dia langsung tidak berkembang kerana tidak diberi ruang untuk berfikir.

Sekiranya anda seorang yang Melancholy, mungkin anda cuba sekali sekala untuk lepaskan sikap ‘perfectionist’ anda dan “trust your team”. Bukankah seorang ketua seharusnya memikirkan tentang perkembangan pasukannya terlebih dahulu berbanding dirinya sendiri?